MENONTON lakonan mantap aktres jelita Korea, Yoon Eun-hye menerusi drama Princess Hours, The Vineyard Man, The 1st Shop of Coffee Prince, My Fair Lady dan terbaru, Lie To Me, si manis ini nyata tidak mempertaruhkan keayuan wajahnya semata-mata.
Gadis kelahiran Seoul, berusia 26 tahun itu sangat bertuah kerana memiliki bakat yang besar. Dia bukan saja popular sebagai pelakon, tetapi Eun-hye turut dikenali sebagai penyanyi, penghibur dan model.
terbaik laa Yoon Eun-hye nie….sweet and elegant…nie ada lagi perkembang terbaru Yoon Eun-hye….
Terbaru, dia juga berani tampil dengan imej seksi apabila buat julung kalinya sanggup menolak perasaan malu dan membuktikan dirinya seksi dengan menjayakan fotografi eksklusif untuk majalah fesyen, Dazed and Confused edisi Oktober 2011.
Ternyata Eun-hye memiliki tahap keyakinan yang tinggi. Kepercayaan terhadap pesona dirinya yang bertubuh menawan berjaya ditonjolkan Eun-hye menerusi pelbagai aksi berani di hadapan lensa kamera pada sesi penggambaran dilakukan di Hotel Mansfield, New York City, Amerika Syarikat (USA).
Selain aksi berani itu, Eun-hye yang kini tersenarai dalam kelompok aktres wanita popular Korea turut mendapat peluang melebarkan karier lakonannya ke peringkat antarabangsa. Lebih mengagumkan, Eun-hye akan berganding dengan aktor terkenal, Chow Yun Fat.
Disunting menjayakan filem Tong Que Tai di sisi bintang ternama Asia itu, penggambaran akan dijayakan bermula 3 Oktober ini. Selain mereka, pelakon terkenal lain turut beraksi dalam filem ini ialah Tamaki Hiroshi dari Jepun dan Alec Sue (Taiwan).
Mengenai jalan cerita Tong Que Tai, ia diadaptasi daripada novel Romance of the Three Kingdom. Kisah berkisar kepada seorang wanita cantik yang ditanam hidup-hidup bersama Laksamana Cao-Cao iaitu salah seorang tokoh sejarah China.
Mengetengahkan latar belakang era Dinasti Han dan berpaksikan tiga kerajaan, filem hebat ini diilhamkan pembikinannya berpandukan misteri pusara Cao-Cao.
Ketika pusara Cao-Cao digali semula, turut ditemui jasad seorang gadis berusia 20-an.
Kedua-dua mayat itu ditanam dalam satu tempat yang sama. Sehubungan itu, karakter Cao-Cao tentunya menjadi milik Yun Fat, manakala Tamaki Hiroshi sebagai pejuang dikenali Mu Shun dan Alec Su dengan watak Kaisar Xian dari Dinasti Han.
Pembikinan penggambaran filem ini dilakukan di lokasi seperti Beijing, China.
Malah, jika mengikut perancangan dibuat, Tong Que Tai dijangka menemui penonton di pawagam pada April 2012. Apapun, filem ini menggabungkan bintang dari empat negara.
Cukup sinonim dengan watak gadis ceria yang bijak berdikari dalam drama lakonannya, Eun-hye berkata dia sebenarnya sentiasa berusaha sedaya-upaya dan sebaik mungkin berlakon dengan berkesan demi menjaga hati ibu bapa tersayang.
“Saya tidak mahu melihat ibu bapa dan keluarga sedih apabila membaca laporan berita yang buruk mengenai diri ini dari segi mutu lakonan ditonjolkan. Oleh itu, saya lebih selesa memastikan semua karakter diterima akan dilakonkan bersungguh-sungguh.
“Setakat ini, saya berjaya membuatkan ibu bapa gembira dan itu adalah kejayaan yang sangat besar. Cuma, sekarang saya akui dibelenggu kebimbangan berikutan transformasi diri dilakukan. Saya akui, perubahan tidak mudah diterima,” katanya.
Menurut Eun-Hye, perubahan harus dilakukannya kerana tidak mahu asyik terikat dengan karakter yang sama. Ujarnya dia sedar setiap perubahan dibuat memerlukan masa yang panjang untuk diterima, malah kadang kala akan ada hati yang terluka.
“Apapun, tak tahulah apa akan terjadi dan saya takut. Terlalu banyak suara harus didengar dan pelbagai pandangan perlu diambil kira. Justeru, saya sangat berharap dapat menghadapinya dengan tabah walaupun kritikan yang hebat daripada penonton.
“Dalam soal ini, saya berusaha menjadi seorang wanita yang matang mengikut peningkatan usia. Apa yang pasti, saya mahu menonjolkan semua bakat yang ada dalam diri walaupun perlu melalui kegagalan. Bagi saya, kegagalan bukan kehancuran hidup.
“Ia sebenarnya permulaan dalam kehidupan untuk seseorang itu bangkit dengan semangat baru dan terus berjuang. Kegagalan, pada saya ialah satu pengalaman yang mendorong untuk berusaha ke arah mencapai kejayaan. Jangan takut untuk gagal,” katanya.
Eun-Hye berkata dia sangat mengharapkan peminat tidak akan berhenti memberi sokongan kepadanya walaupun pernah melakukan satu kesalahan. Jelasnya, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan itulah cabaran dalam kehidupan.
Berbicara mengenai karier nyanyiannya, Eun-hye yang pernah menganggotai kumpulan Baby V.O.X pada 1999 hingga 2005, mengakui dia kini selesa memberi tumpuan pada karier lakonannya.
Apapun, Eun-hye ada membantu penghasilan mini album bekas rakan kumpulannya, Kan Mi Youn.
0 comments :
Post a Comment