Seorang kakitangan sebuah bank di negeri diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.
wanita berusia 27 tahun itu dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.
mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.
“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.
“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.
Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.
“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.
2 comments :
eiii macam2 kan skrg.... kena jaga2 lah...
hmmmm.....
singgah n baca entry.... usha iklan sekali. moga dpt bntu tmbah dana tabung blog...
jom singgah...
manusia..macam2 perangai ada...`~~
Post a Comment