F January 2011 ~ sPRing_kaRAt

Pages

Jan 20, 2011

KUALA SEPETANG, PERAK

salam sume…164882_193479003996873_100000043236049_795844_3604862_n
Indah sungguh cuaca hari nie ek… hahaa… semalam aku dengan membe ride and drive ke Kuala Sepetang Perak.. kita orang gerak dengan sebuah kereta kelisa dan 4 buah motor 135Lc.. nie kira konvoi lepas habis kuliah.. haha.. perjalan mengambil masa sekitar 45 minit memang mencabar… tujuan utama kita orang pergi sana nak perkena mee udang saja.. tapi memng berbaloi juga laa.. mantap mee udang dekat sana..


selain tu nak share sedikit info pasal Kuala Sepetang
  • sebuah pekan terletak di negeri Perak
  • dikenali sebagai Port Weld oleh bekas Gabenor,Frederick Weld
  • amat terkenal dengan makanan laut.. terutama udang
  • terdapat taman paya bakau yang dibuka untuk pelancong
  • juga terdapat chalet untuk pelancong menginap

rivercruise02179682_193479973996776_100000043236049_795852_1683126_n164796_193481573996616_100000043236049_795869_2256089_n fuhh..memang best laa walaupun pengembaraan yang singkat.. sape2 yang belum pernah pergi.. aku cadangkan korang pergi laa.. haha

Jan 14, 2011

ZEE AVI–ONE MORE TIME WITH COLORS (2010)

happy everyone..
zee_avihari nie tak tahu laa nak share ape dengan korang sume… haha.. hmm.. korang mesti suka dengar lagu kan.. aku suka gak layan lagu lebih2 lagi time wat assignment tak pun time nak tido.. hahaa.. pernah tak korang dengar penyanyi Zee Avi… dia nie agak famous jugak laa.. tahun lepas die ada keluarkan beberapa lagu.. boleh dikatakan lagu dia nie sedap didengar… haha.. EP ‘one more time with colors’ nie ada 4 buah lagu yang best2… tak rugi kalo korang dengar.. antara track list EP dia nie ialah:

  1. i wish i never
  2. is this the end
  3. just you and me
  4. the story

antara info ringkas pasal Zee Avi:
  • nama sebenar beliau ialah Izyan Alirahmansxsw-ii-010-450x300
  • lahir pada tahun 1985
  • asal dari Miri, Sarawak
  • seorang penyanyi, pecipta lagu, pemain gitar
  • pernah melanjutkan pelajaran di American InterContinental University di London dalam bidang fashion
  • 2009, albumnya mendapat tempat hit #130 US Billboard Hot 200 Chart dan #2 US Billboard Top Heatseekers Chart
  • di US, album pertamanya telah terjual 6000 unit dalam masa 2 minggu perlancaran.

paling favourite aku ialah lagu ‘i wish i never’…hahaa.. nie ada lirik lagu dia..
Title: I Wish I'd Never

Watching phantom planes go by
Sinking into the darkness of the night
The lady in the clouds is lyin' down
beside Chopin while he plays her the words of heaven
Red light beaming just a little over the green familiar hill
I still don't know how to control how i think, or speak, or feel
so...
I wish i'd never fallen in love...
so deeply
I wish i'd never knew that love...
actually exists
I got your letter today
told me that you're back in therapy
and i don't know why but it still concerned me
But they tell me what's the point of hurting
over something, that was nothing at all
I never used to be so gullible and vulnerable
but i guess with love nothing's impossible
so...
I wish i'd never fallen in love...
so deeply
I wish i'd never knew that love...
actually exists
You said that i was good for you but you pushed me aside
Now tell me does that seem right?
I've fallen for a pessimist
but God help me i tried
to get you out of it
so...
I wish i'd never fallen in love...
so deeply
I wish i'd never knew that love...
actually exists...
but i do now...
i do now...
moga korang boleh ubah angin dengan dengar lagu2 Zee Avi ok..

Jan 10, 2011

YU-GI-OH! ZEXAL...


27875Secret telling smile  salam sume...
...tengah aku surfing internet teringat pulak series anime yu-gi-oh... anime nie sebanarnya dah lama aku tinggalkan.. maklum laa dah meningkat dewasa laa katakan.. haha.. entah kenapa tiba2 pulak rajin.. jadi aku pun surf laa kat google.. usha2 rupenya ade yu-gi-oh series baru nak keluar... tengok die punya cover macam best... bertambah meluak laa keinginanku nak tengok.. hahaa... nie ade sedikit review pasal anime terbaru yu-gi-oh yang diberi nama yu-gi-oh zexal... yang mungkin akan ditayangkan pada bulan april nanti...
PLOT


zexalCerita terjadi di masa depan dan memfokuskan pada seorang budak bernama Yuma Tsukumo. Yuma Tsukumo adalah budak yang sangat nakal di sekolahnya. Tiba2 sesuatu yang tidak terduga berlaku, Ryōga Kamashir telah mencabarnya untuk ber-Duel. Ketika itu muncul punya hantu misteri bernama Astral yang membawa mereka ke sebuah perjalanan baru yang penuh aksi...

EXCESS SUMMON

wpid-yugioh2bzexalZexal memperkenalkan raksasa jenis baru yang dikenali sebagai Excess Monsters, mereka di summon dari tangan pemain dengan 'overlay' dua raksasa yang jumlah level sama dengan level raksasa yang hendak dipanggil. Tidak seperti raksasa yang lain,material monsters tidak dihantar ke Graveyard, tapi menjadi sokongan kepada Excess Monster..

bagi sape2 yang minat tu sama2 laa kita nantikan.. haha..Open-mouthed smile

KERANGKA PENAFIAN

Sila ambil perhatian

aku TIDAK menuntut hak pemilikan sebarang dokumen dan /atau bahan-bahan yang boleh dicapai atau disediakan di laman web ini,tidak juga memikul sebarang tanggungjawab untuk kandungan pada mana-mana laman web berkaitan luaran atau untuk mana-mana pautan dimana-mana laman web berkaitan luaran.Oleh itu,penggunaan laman web ini adalah semata-mata mengikut budi bicara korang sendiri.

Jika korang rasa bahawa bahan hak cipta korang mungkin telah tidak sengaja dipaparkan, sila tulis kepada aku secara langsung untuk penyingkiran serta-merta.

MESEJ SPRINGKARAT

MARI SALING MENUKAR2 LINK BLOG KORANG.....TAPI JANGAN LUPA UNTUK KLIK IKLAN YANG ADA...
~~bantu-membantu sesama blogger~~







Jan 9, 2011

LET'S START!!!!!

tak ada apa2 pun nak diceritakan.. just nak ucapkan selamat datang ke blog aku... hahaa

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...