F KISAH SERAM DI KULIM HI-TECH 01 ~ sPRing_kaRAt

Pages

May 15, 2012

KISAH SERAM DI KULIM HI-TECH 01




KULIM HI- TECH - Kira-kira 20 tahun dulu, kawasan Kulim Hi-Tech adalah sebuah ladang kelapa sawit dan getah.

Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Ghani berkata, sebelum kawasan berkenaan dibangunkan, terdapat beberapa rumah ibadat dan kubur dalam ladang terbabit. Kebanyakan tempat dipercayai didiami makhluk halus.



Seorang pengawal keselamatan, Hamid Ismail 62, berkata, dia pernah ternampak lembaga menyerupai seorang perempuan yang memakai baju kebaya biru di tingkat tiga di bangunan tempat dia bertugas.

Menurutnya, dia tergamam apabila melihat lembaga itu dan mengarahkan nya turun ke tingkat bawah bangunan. Apabila tiba di tingkat bawah, dia menunjukkan jalan keluar kepada lembaga itu dan mengiringinya. Lembaga itu kemudiannya berjalan menghala ke bekas lombong yang terletak bersebelahan bangunan di mana dia bekerja.

“Cukuplah hantar saya di sini. Itulah yang dikatakan lembaga itu kepada saya. Saya tergamam dan memaklumkan kepada beberapa pengawal keselamatan lain, tetapi tidak ada siapa percaya,” katanya.

Sementara itu, Rosli Hashim yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hampir setahun di Kulim Hi-Tech berkata, dia pernah terserempak dengan lembaga putih berambut panjang, duduk di sebelahnya ketika sedang berehat di dalam kereta.



Terbaru, seorang wanita berusia 20-an yang baru pulang kerja kira-kira jam 2.45 pagi, terkejut apabila ternampak hantu pocong duduk di kerusi belakang sebuah kereta Kancil yang lalu di jalan raya.

Misteri hantu pocong masih kuat diperkatakan sehinggalah Sinar Harian sendiri pergi ke lokasi di mana kejadian aneh itu sering berlaku.

Kira- kira jam 11.45 malam, wartawan Sinar Harian bersama seorang rakan pergi menemui beberapa saksi yang pernah berjumpa dengan lembaga di sekitar kawasan berkenaan. Sinar Harian kemudiannya pergi ke kawasan lombong di mana seorang wanita berbaju kebaya biru dikatakan pernah kelihatan.

Kira-kira jam 12.35 pagi, dengan menggunakan bumbung kereta sebagai tripod, pocong tadi berjaya dirakamkan dengan lebih jelas.

Sinar Harian mengesahkan misteri penemuan pocong di Kulim Hi-Tech adalah benar, sepertimana yang diceritakan orang ramai.


sumber: sinarharian.com.my

P/s: Pembaca yang jumpa klip video atau gambar "pocong" ini boleh kongsikan dengan  pembaca yang lain.


3 comments :

aduahi...nasib baik pagi2 kot... terkejut bukak bloglist biler gambaq nie yang kuar... tak sempat nak baca entry SENIOR.. gambar nie menyeramkan..

Masa kecik2 dulu, selalu tgk citer hantu, tiba2 dah lama, LPF dah x benarkan cerita2 mcm ni. Sekarang dah jadi trend balik bila pembuat filem berlumba2 buat citer seram bila LPF buat kelonggaran.

betul tu... filem seram/hantu berlambak2 keluar dekat panggung.. tengok sampai muak..

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...