F 4 IDEA FAIL MCDONALDS ~ sPRing_kaRAt

Pages

Jan 31, 2013

4 IDEA FAIL MCDONALDS


4 fakta strategi pemasaran yang Fail yang dilakukan oleh McDonald pada awal penubuhannya.. jom tengok apa yang restoran McDonald telah buat dalam usaha menjadikan restorennya terkenal di seluruh negara.. walaupun ianya gagal..




FAKTA 1:
pada tahun 1984 McDonald mempunyai idea yang sangat menarik sempena sukan Olimpik 1984. mereka akan memberikan Big Mac, kentang goreng dan air coke percuma jika AS memenangi pingat emas, perak atau gangsa untuk acara2 tertentu yang didominasi oleh Soviet Union.

tetapi nasib tidak menyebelahi strategi pemasaran McDonald kerana Soviet Union telah boikot Olimpik 1984 kerana kes pencerobohan Afghanistan. dengan itu AS telah menang banyak pinggat dan McDonald terpaksa menanggung rugi berjuta-juta dolar.


FAKTA 2:
pada tahun 1980-an, McDonald mahu tampil dengan hidangan makan malam yang baru. oleh itu, mereka telah memperkenalkan hidangan italian iaitu McPizza, lasagna dan spageti. mereka telah membuat pembelanjaan besar dengan melengkapkan banyak restoren mereka dengan ketuhar pizza yang mahal.

walau bagaimanapun, strategi pemasaran mereka gagal. mereka gagal membuat penyelidikan sepenuhnya kerana menu italian hanya dihidangkan lepas pukul 4 petang dan ianya mengambil masa yang lama untuk siap. masa menunggu yang lama telah menjatuhkan gelaran restoren fast food McDonald.pada awal 1990-an McPizza telah ditutup.


FAKTA 3:
pada tahun 1960-an, pengasas McDonald, Ray Kroc menghadapi masalah berdepan dengan Catholic fasting rules (puasa daging) pada setiap hari jumaat. dan cara mereka atasi masalah tersebut ialah menggantikan daging dengan nenas dikenali sebagai Hula Burger.

strategi itu gagal kerana ianya tidak menyelerakan dan dilihat pelik oleh pelanggan. Hula burger ditutup lepas beberapa bulan dilancarkan. sebaliknya ianya digantikan dengan Fish Filet yang akhirnya berjaya secara global.

FAKTA 4:
McDLT adalah cubaan McDonald untuk membuat jenis sandwich BLT. Rancangan itu adalah untuk membuat sandwich dengan daging panas dan sayur-sayuran yang sejuk. Kaedah penyampaian adalah bekas Styrofoam besar mengandungi daging panas di sebelah, dan tomato sejuk dan salad di sebelah lain. Ianya dianggap merupakan satu inovasi oleh McDonald sehingga ianya dipatenkan.

selepas kempen besar2an, McDLT gagal dijayakan kerana mendapat banyak aduan berkaitan dengan saiz dan penggunaan bekas Styrofoam. dan idea untuk asingkan burger tersebut juga dilihat tidak berkesan.



0 comments :

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...