Tuvalu, dulunya dikenal sebagai Kepulauan Ellice, adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di antara Hawaii dan Australia di Samudra Pasifik. jom kenali Pulau Tuvalu dengan lebih dekat..
Tuvalu merupakan pulau yang berbentuk seperti terumbu karang yang berbentuk seperti cincin yang melingkungi sesuatu lagun terletak sebahagian besar Lautan Pacific.Pulau ini berdiri tidak lebih dari 4m yang hanya 13 kaki di atas permukaan laut pada titik tertinggi.
Hakisan pantai pada masa hadapan boleh menjadi pantas terhadap pemulihan Tuvalu.Hal ini telah terjadi di darat dan pulau-pulau kecil. Dengan timbulnya masalah ini tiada keraguan lagi untuk mengatakn keseluruhan tanah mungkin akan tenggelam di masa hadapan.
Paras air laut meningkat dan sedikit memberikan kesan terhadap Pulau Tuvalu. Hal ini berkaitan dengan empat faktor utama, yang semuanya disebabkan oleh perubahan iklim global di mana pemanasan global yang sebahagian besar disebabkan oleh manusia. Faktor itu diteliti kerana pengembangan haba, diikuti oleh pencairan ais dan glasier di Kutub Utara. Setelah itu kehilangan ais di Greenland dan Antartika Barat, diikuti oleh faktor kesan rumah hijau . Disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, akhirnya memberikan kesan kepada Pulau Tuvalu seperti dapat kita lihat sekarang.
0 comments :
Post a Comment