F MISTERI JALAN LAMA BENTONG - KL ~ sPRing_kaRAt

Pages

May 13, 2012

MISTERI JALAN LAMA BENTONG - KL




Cerita ni berlaku kira-kira sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari KL menuju Kuantan dan dia membuat keputusan untuk tidak melalui LPT kerana mahu menikmati pemandangan sepanjang jalan lama.



Malang menimpa, keretanya tiba-tiba rosak dan dia terperangkap di sebuah jalan sunyi. Di kiri kanannya hutan. Hujan turun dengan lebat dan hari bertambah gelap. Masa berlalu, namun masih tiada sebuah kereta pun yang lalu.

Dia membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pekan paling hampir.

Akhirnya setelah lama berjalan kaki, dia melihat sebuah kereta menghala ke arahnya. Kereta tersebut bergerak perlahan dan akhirnya sampai di sisinya. Tanpa berfikir panjang dia terus membuka pintu dan duduk di seat belakang. Gembira kerana diselamatkan dari kesejukan dan kepekatan malam. Dia pun mahu mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menyelamatkannya.. membongkokkan badannya ke hadapan.

Alangkah terkejutnya lelaki tersebut kerana kerana kereta tersebut tiada pemandu!!!!

Walaupun kereta tersebut tiada pemandu, tanpa kedengaran bunyi enjin namun ianya masih lagi bergerak perlahan. Dari cahaya lampu kereta itu, lelaki tersebut melihat satu selekoh tajam di hadapan. . Dia yang menggigil ketakutan tak henti-henti memanjatkan doa kepada tuhan.  Ya Allah, ampunilah diriku dan selamatkanlah diriku dari jatuh ke dalam gaung di hadapan!!!

Ketika dia masih lagi dalam ketakutan dan terkejut, kereta tersebut tiba di selekoh dan tidak semena-mena muncullah satu tangan dari tingkap kereta dan memulas stering kereta tersebut.  Maka bertambahlah ketakutan di dalam dirinya. Dirasakan dirinya hampir lumpuh dan lemah longlai kerana ketakutan yang amat sangat.



Di kejauhan dia ternampak cahaya lampu dari pekan di hadapan. Dengan saki baki kekuatan yang ada dalam dirinya, dia menggagahkan dirinya melompat keluar dari kereta tersebut dan berlari sekuat hati ke pekan itu.

Akhirnya dia berhenti di sebuah kopitiam dan memesan minuman. Setelah melepaskan lelahnya, dia mula bercerita mengenai pengalamannya tadi kepada beberapa orang yang ada di kopitiam tersebut.

Keadaan di dalam kopitiam tersebut sunyi dan sepi mendengarkan cerita lelaki tersebut.

Tiba-tiba kopitiam tersebut dimasuki oleh dua orang Nigeria, Joshua dan Nigel. Joshua menundingkan jarinya kepada lelaki tersebut dan berkata…. “Look Nigel – that’s the idiot who got into our car when we were pushing it.  :Happy-Grin:

Sumber: http://numerounomy.blogspot.com

2 comments :

baca mula2 memang tak berapa faham..baca kali kedua ..OKAY...seriously kelakar giler ah SENIOR.. nie pun hasil ciplak jugak ywerk... heheehhe.. thumbs up, anyway..

aii..rajin buka blog aku awal2 pagi...^^

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...