F MISTERI DI OVERTOUN BRIDGE, SCOTLAND ~ sPRing_kaRAt

Pages

Sep 28, 2012

MISTERI DI OVERTOUN BRIDGE, SCOTLAND


Overtoun Bridge berdekatan dengan Dumbarton di barat Scotland adalah lokasi dimana satu fenomena aneh berlaku. sejak tahun 1950 tanpa dapat dijelaskan hampir 50 kes anjing membunuh diri berlaku disini.

Kebanyakan anjing yang kerap membunuh diri dengan terjun dari Overtoun Bridge adalah dari baka 'long-nosed' iaitu spesis Labrados,Collies dan Retrievers. Hampir setiap tahun, berpuluh laporan kes diterima . Antara musin paling kerap anjing bunuh diri ketika cuacanya sedikit mendung dan bersuhu lembap. hampir semua kes anjing bunuh diri yang dilaporkan di Overtoun Bridge mempunyai satu persamaan sebelum membunuh diri . Kesemuanya akan terjun dari satu sudut yang sama di bahagian kanan jambatan itu.Misteri kebetulan yang sehingga kini membingungkan pengkaji. 
Overtoun House sememangnya dikenali dengan himpunan cerita fenomena aneh. Dalam mitologi Celtic, Overtoun dikenali sebagai tempat ghaib dan halus, tempat dimana kononnya syurga dan bumi bertemu. Namun menurut satu lagi lagenda, Overtoun merupakan tempat yang keras dan diselubungi kuasa jahat. dikatakan pernah terjadi satu peristiwa tragis dimana seorang lelaki telah mencampakkan bayi dari jambatan itu. Dia percayai dirasuk semangat jahat. Sesetengah versi pula percaya, anjing-anjing yang membunuh diri terpanggil dengan suara halus atau kata mudah mereka telah dirasuk.


Satu kajian yang dijalankan mencadangkan , anjing-anjing berkenaan bertindak sedemikian kerana tertarik dengan bau mink (sejenis haiwan marsupial). Mereka tampil dengan rumusan sebegini setelah satu eksperimen yang dijalankan menunjukkan anjing lebih tertarik dengan bau mink berbanding haiwan lain. Lebih menyokong lagi teori mereka apabila populasi mink di kawasan Overtoun sememangnya banyak. Tetapi persoalan mengapa kes anjing membunuh diri hanya di  jambatan Overtoun.? Walhal di tempat lain di mana terdapat juga populasi mink berkembang biak dengan banyak tidak pula berlaku kes sebegini?


Satu lagi teori mendakwa anjing-anjing bertindak sebegini rupa di jambatan Overtoun adalah disebabkan perasaan ingin tahu anjing itu sendiri. Dinding jambatan Overtoun dikatakan telah menghalang pandangan anjing menyebabkan mereka bertindak memanjat dindig berkenaan untunk meninjau keadaan di sebelah, namun apa yang pasti persoalan yang sama masih dilontarkan . Mengapa hanya di Jambatan Overtoun?

0 comments :

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...