F sPRing_kaRAt

Pages

Oct 3, 2011

GAMBARAN SYAITAN ZAMAN MODEN

demonMaaf kalau tajuk gempak,tapi inilah kenyataannya...syaitan nie ada dimana2…Andaikan manusia mampu melihat syaitan inilah yang diorang akan nampak,.Syaitan akan sedaya upaya membuatkan manusia supaya susah untuk melakukan kebaikan..

korang boleh lihat dalam gambar di bawah nie…..


Optimized-Gambar Syaitan Zaman Moden4
Optimized-Gambar Syaitan Zaman Moden3

Optimized-Gambar Syaitan Zaman Moden2
Optimized-Gambar Syaitan Zaman Moden1
Optimized-Gambar Syaitan Zaman Moden
Betul kan apa yang aku cakap ni....Betapa dia cuba sedaya upaya membantu orang yang ingin melakukan kejahatan supaya menjadi kawan dia nanti…

Oct 2, 2011

13 KEBAIKAN AIR SEJUK

Optimized-m-water-splash-in-a-glass_0244Jangan ingat minum ais tidak elok untuk kesihatan. ia juga ada kebaikan disebalik keburukan
Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
haa….rupanaya ada kebaikan air sejuk nie…ingatkan tak elok untuk kesihatan…jom tambah ilmu pengetahuan tentang kebaikan minum ais nie…..

          Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
          Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Optimized-glass_mineral_water_ice_cube_03480315
             Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

           Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Kebaikan air sejuk :
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
Optimized-ice-cube-trays-lego
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut
Sumber : Health, Tips, Unik by johnjimat
24 Mac 2011

Oct 1, 2011

HELLO! BOS

hello bos 2
kartun lawak yang sempoi…gelagat Rosli dan bos nya memang selamba….lucu dan mencuit hati…kartun nie akan mewarnai surat kabar Utusan Malaysia pada setiap hari kecuali hari sabtu….
mari kita baca kartun ‘Hello Bos’ daripada kartunis Dee nie…..




BAKAT BESAR MENYERLAH–YOON EUN HYE

pix_middleMENONTON lakonan mantap aktres jelita Korea, Yoon Eun-hye menerusi drama Princess Hours, The Vineyard Man, The 1st Shop of Coffee Prince, My Fair Lady dan terbaru, Lie To Me, si manis ini nyata tidak mempertaruhkan keayuan wajahnya semata-mata.
Gadis kelahiran Seoul, berusia 26 tahun itu sangat bertuah kerana memiliki bakat yang besar. Dia bukan saja popular sebagai pelakon, tetapi Eun-hye turut dikenali sebagai penyanyi, penghibur dan model.
terbaik laa Yoon Eun-hye nie….sweet and elegant…nie ada lagi perkembang terbaru Yoon Eun-hye….


            Terbaru, dia juga berani tampil dengan imej seksi apabila buat julung kalinya sanggup menolak perasaan malu dan membuktikan dirinya seksi dengan menjayakan fotografi eksklusif untuk majalah fesyen, Dazed and Confused edisi Oktober 2011.
Ternyata Eun-hye memiliki tahap keyakinan yang tinggi. Kepercayaan terhadap pesona dirinya yang bertubuh menawan berjaya ditonjolkan Eun-hye menerusi pelbagai aksi berani di hadapan lensa kamera pada sesi penggambaran dilakukan di Hotel Mansfield, New York City, Amerika Syarikat (USA).
            Selain aksi berani itu, Eun-hye yang kini tersenarai dalam kelompok aktres wanita popular Korea turut mendapat peluang melebarkan karier lakonannya ke peringkat antarabangsa. Lebih mengagumkan, Eun-hye akan berganding dengan aktor terkenal, Chow Yun Fat.
            Disunting menjayakan filem Tong Que Tai di sisi bintang ternama Asia itu, penggambaran akan dijayakan bermula 3 Oktober ini. Selain mereka, pelakon terkenal lain turut beraksi dalam filem ini ialah Tamaki Hiroshi dari Jepun dan Alec Sue (Taiwan).
Mengenai jalan cerita Tong Que Tai, ia diadaptasi daripada novel Romance of the Three Kingdom. Kisah berkisar kepada seorang wanita cantik yang ditanam hidup-hidup bersama Laksamana Cao-Cao iaitu salah seorang tokoh sejarah China.

             Mengetengahkan latar belakang era Dinasti Han dan berpaksikan tiga kerajaan, filem hebat ini diilhamkan pembikinannya berpandukan misteri pusara Cao-Cao.
Ketika pusara Cao-Cao digali semula, turut ditemui jasad seorang gadis berusia 20-an.
Kedua-dua mayat itu ditanam dalam satu tempat yang sama. Sehubungan itu, karakter Cao-Cao tentunya menjadi milik Yun Fat, manakala Tamaki Hiroshi sebagai pejuang dikenali Mu Shun dan Alec Su dengan watak Kaisar Xian dari Dinasti Han.
Pembikinan penggambaran filem ini dilakukan di lokasi seperti Beijing, China.
Malah, jika mengikut perancangan dibuat, Tong Que Tai dijangka menemui penonton di pawagam pada April 2012. Apapun, filem ini menggabungkan bintang dari empat negara.
Cukup sinonim dengan watak gadis ceria yang bijak berdikari dalam drama lakonannya, Eun-hye berkata dia sebenarnya sentiasa berusaha sedaya-upaya dan sebaik mungkin berlakon dengan berkesan demi menjaga hati ibu bapa tersayang.
Image Dark

               “Saya tidak mahu melihat ibu bapa dan keluarga sedih apabila membaca laporan berita yang buruk mengenai diri ini dari segi mutu lakonan ditonjolkan. Oleh itu, saya lebih selesa memastikan semua karakter diterima akan dilakonkan bersungguh-sungguh.
“Setakat ini, saya berjaya membuatkan ibu bapa gembira dan itu adalah kejayaan yang sangat besar. Cuma, sekarang saya akui dibelenggu kebimbangan berikutan transformasi diri dilakukan. Saya akui, perubahan tidak mudah diterima,” katanya.
Menurut Eun-Hye, perubahan harus dilakukannya kerana tidak mahu asyik terikat dengan karakter yang sama. Ujarnya dia sedar setiap perubahan dibuat memerlukan masa yang panjang untuk diterima, malah kadang kala akan ada hati yang terluka.
“Apapun, tak tahulah apa akan terjadi dan saya takut. Terlalu banyak suara harus didengar dan pelbagai pandangan perlu diambil kira. Justeru, saya sangat berharap dapat menghadapinya dengan tabah walaupun kritikan yang hebat daripada penonton.
“Dalam soal ini, saya berusaha menjadi seorang wanita yang matang mengikut peningkatan usia. Apa yang pasti, saya mahu menonjolkan semua bakat yang ada dalam diri walaupun perlu melalui kegagalan. Bagi saya, kegagalan bukan kehancuran hidup.
“Ia sebenarnya permulaan dalam kehidupan untuk seseorang itu bangkit dengan semangat baru dan terus berjuang. Kegagalan, pada saya ialah satu pengalaman yang mendorong untuk berusaha ke arah mencapai kejayaan. Jangan takut untuk gagal,” katanya.
              Eun-Hye berkata dia sangat mengharapkan peminat tidak akan berhenti memberi sokongan kepadanya walaupun pernah melakukan satu kesalahan. Jelasnya, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan itulah cabaran dalam kehidupan.
Berbicara mengenai karier nyanyiannya, Eun-hye yang pernah menganggotai kumpulan Baby V.O.X pada 1999 hingga 2005, mengakui dia kini selesa memberi tumpuan pada karier lakonannya.
               Apapun, Eun-hye ada membantu penghasilan mini album bekas rakan kumpulannya, Kan Mi Youn.
pix_gal3pix_gal2

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...