F PERMAINAN BUDAK SEKOLAH (TIME CIKGU TAK ADA)) ~ sPRing_kaRAt

Pages

Nov 16, 2011

PERMAINAN BUDAK SEKOLAH (TIME CIKGU TAK ADA))




Setiap manusia dimuka bumi ini sebenarnya tidak lari daripada proses tumbesaran yang menjadikan kita seorang manusia yang dewasa.Daripada menjadi golongan budak hingusan kepada golongan jejaka mahupun gadis sunti yang lawa,kacak dan bergaya sehinggalah ke golongan tua. Bila kita menceritakan tentang kenangan dizaman kanak-kanak, pasti  anda juga mempunyai kenangan yang tersendiri. 8 permainan yang mungkin korang pernah main masa zaman sekolah dulu2....




1.Permainan Titik Titik (The Dots game)

Permainan ini cukup popular suatu ketika dahulu kerana ia sangat Style.Seperti biasa,buku Matematiklah yang menjadi mangsa kami kalau terasa nak berentap dengan kawan-kawan.Lagi-lagi yang jenis suka sebat helaian buku dibahagian tengah,tak cukup satu bulan buku pun dah nipis.Memang hampeh.

Cara permainannya sangat mudah,apa yang anda perlukan adalah buku kotak-kotak dan dua batang pen yang berlainan warna (Nak pakai pensel pun boleh,janji lain warna). Kemudian anda berentaplah dengan rakan dengan meletakkan titik digarisan yang bersilang itu.Jika anda dapat mengepung titik lawan tanpa skip satu pun titik,maka anda boleh makan titik kawan anda itu dengan lahapnya..haha

titik-titik yang telah dikepung itu disambungkan dengan garisan.Garisan itu dipanggil rumah.Bergantung kepada peraturan permainan yang telah ditetapkan sebelum permainan,ada yang membenarnya rumah makan rumah.Ada yang tidak membenarkan.Ada yang membenarkan makan tepi (kat bahagian bawah buku tu dah ada ruangan kosong yang tak boleh disambung titik lagi,jadi anda boleh menyambungkan terus dengan menganggap garisan lurus itu sebagai pelengkap rumah)..Ok find,korang tak faham..hehe

Kebaikan permainan ini ialah ia menguji kemampuan anda untuk merancang strategi tanpa dirancang.Kiranya secara spontan la..hee~ Kemahiran untuk menggunakan tipu muslihat juga penting untuk mencapai kemenangan.Tak ada permainan yang tidak memerlukan tipu muslihat.Alangkan berperang pun kena ada jugakan…hehe



2.Tutup oren

Permainan yang berasal dari tutup botol ini antara permainan mudah alih yang tersangat terkenal suatu ketika dahulu.Jika anda ingin mengatakan yang tutup oren ini permainan khas untuk perempuan,anda tersangatlah silap.Di sekolah AKU suatu ketika dahulu,rekod kejuaraan selama 6 tahun dipegang oleh lelaki tau.Jadi jangan pandang rendah terhadap lelaki.Bak kata pepatah, “Practice makes perfect”.

Permainan ini memerlukan 5 biji tutup oren.Anda hanya perlu seraikan tutup oren tersebut (selerakkan) mengikut daya-daya yang tertentu.Pastikan setiap kali anda menyelerakkan tutup oren itu,ia memudahkan anda untuk menang.Anda seraikan dahulu,kemudian anda ambil satu tutup oren daripada lima.Pihak lawan akan memberi arahan tutup oren mana berhentam dengan tutup oren mana.Kebiasaannya pihak lawan akan cuba menyusahkan anda dengan memberi arahan kepada anda untuk mengenakan tutup oren yang ada di kedudukan yang sukar.Jika anda berjaya,langkah seterusnya ialah anda perlu menimbang tutup oren tersebut.Tutup oren yang diselamatkan menentukan markah anda untuk pusingan itu .

1 tutup oren yang diselamatkan mewakili 2 markah.Markah untuk tamat permainan bagi setiap seorang adalah 100 markah.Bagaimana pula jika tutup oren yang anda seraikan tu bertimpa??
2 Tutup oren bertindih: Ini menjadi kegemaran dan dicari setiap orang kerana anda boleh menghentam mana2 tutup oren mengikut suka hati anda tanpa arahan daripada lawan.
3 Tutup oren bertindih: Benda ini dipanggil “Jamban”.Anda akan susun 2 tutup oren dibawah dan 1 tutup oren diatas selepas itu dan anda dikehendaki menghentam tutup oren yang dibahagian yang lagi satu.
4 tutup oren bertindih: Benda ini dipanggil “Bunga”.Anda akan susun tutup oren-tutup oren ini seperti bunga dan tekan dibahagian tengah bunga untuk diselerakkan.Ambil satu dan permainan berjalan seperti biasa..
Sama juga seperti permainan titik-titik,ia menguji kemahiran anda untuk menggunakan tipu muslihat,ketika anda seraikan tutup oren tersebut,pastikan jangan terlalu jauh dan jangan terlalu rapat.Jangan juga bertimpa kerana ia membawa hukum yang tidak sepatutnya.Seperti kena jamban ke..(Hina sangat bunyinya..haha)


3.Lawan Pemadam

Pada awal AKU berkecimpung didalam permainan ini,ianya sekadar suka-suka sahaja.Tetapi setelah menjadi terlalu hebat dek kerana kehandalan AKU bermain lawan pemadam,AKU menjadikan ia sebagai perniagaan pula.

Permainan ini boleh dimana secara berdua atau berlima (Maksimum dah ni).Caranya tersangatlah mudah,apa yang anda perlu buat adalah timpakan pemadam lawan dengan pemadam anda.Jika anda berjaya timpakan pemadam lawan itu dengan pemadam anda,anda dikira menang.Sebagai balasnya,pemadam orang yang kalah itu anda rampas.Tahukah anda (Fakta ni),semasa permainan ini begitu popular di sekolah suatu ketika dahulu,industri pemadam getah berkembang pesat dan ia mempengaruhi pasaran getah bukan antarabangsa.Malahan AKU sendiri menjadikan ia perniagaan dimana AKU menjual kembali 3 tong gula-gula yang penuh dengan pemadam itu kepada loser yang kalah kepada AKU (Dah kalah pastu beli pemadam sendiri yang dah dikalahkan tu…ish).

Tahukah anda,untuk bermain dengan permainan ini,anda memerlukan jari-jari yang cekap yang mampu menggerakkan pemadam dari perbagai sudut termasuklah dari sudut yang sukar.Setiap hari AKU melakukan tekan tubi untuk mendapatkan jari seperti itu tau (macam Bruce Lee tu)..Malahan,anda juga memerlukan latihan untuk menjadi kebal daripada serangan psikologi musuh anda.Mereka akan mengejek atau membuat tarian yang pelik didepan anda supaya anda kalah.

Didalam banyak-banyak permainan,permainan inilah yang AKU tidak galakkan anda mainkan.Selain daripada unsur-unsur pertaruhan yang jelas dan nyata haramnya,ia juga menggalakkan aktiviti khurafat.Sebelum main pemadam ni,kitaorang baca doa la,mantera la,entah apa-apa ayat tah budak ni baca seolah-olah menyeru supaya tuah menyebelahi mereka. ish2,teruk akidah budak-budak ni..hahaha


4.Pistol Pen

Ada dua versi peralatan menembak yang AKU mainkan suatu ketika dahulu iaitu senapang kayu yang menggunakan sepit baju yang AKU sebat daripada ampaian mak aku (sampai aku kena pulas telinga) dan menggunakan pen pistol yang mana tidak bolehdibawa untuk pergi berperang tapi boleh digunakan untuk mengenakan orang.kiranya ia pistol mudah alih yang memang lepas daripada spotcheck dekat sekolah..hehe

Peralatan yang anda perlukan adalah Pen jenama Redleaf yang penutupnya boleh dibuka depan dan belakang,sebatang lidi penyapu yang bersesuaian saiznya dan kulit duku yang berkualiti.(bawa je dengan isi duku sekali,isi korang makan,kulit korang simpan)..hehehe

Apa yang perlu korang buat adalah dengan membuka penutup pen tersebut dan kita ambil kelonsongnya sahaja.Cucuk pen tersebut dengan kulit buah duku itu didepan dan belakang pen.Bahagian depan pen lebih kecik daripada belakang pen.Jadi jika anda inginkan peluru yang lebih banyak,kulit duku dibahagian belakang pen korang cucuk kedalam sedikit dan cucuk balik pen dengan kulit duku.Tak silap aku,korang boleh masukkan 5 kot dalam pen tu.So bila korang bersedia untuk menembak,korang cucuk je dengan lidi,nanti tertembaklah kulit duku tu akibat tekan udara yang berada didalam pen tersebut.

Permainan ini menguji tahap kemahiran IQ anda utk mempergunakan segala peluang untuk mengenakan orang.Kiranya anda semua perlu melakukan serangan hendap.Lagi-lagi masa kawan korang tengah khusyuk membaca buku dan tak pernah buat salah dengan korang,tiba-tiba korang tembak dia..Memang terbaik la…hahaha..

5.Bola Sepak (Ada 2 Versi)


5.1 : Bola Sepak kertas

Bola sepak kertas ini sangat diminati oleh kami ketika berada di sekolah rendah dahulu.Kami melakukan perlawanan persahabatan diantara kelas sebagai merapatkan hubungan silaturahim antara kami.Namun begitu,niat murni perlawanan persahabatan tersebut bertukar menjadi ganas selepas ada pihak yang tidak berpuas hati jikalau ada yang menang..Jadi daripada niat merapatkan hubungan silaturahim bertukar kepada menjauhkan jurang silaturahim…

Tahukah anda semua yang kemaruknya kami terhadap permainan ini menjadikan kami mempunyai gelanggang sendiri dirumah.Jadi adalah perlawanan yang berkonsep “Home” dan “Away”..Sekali lawan ditempat sendiri,sekali lawan ditempat lawan.Ada yang membuat meja khas sebagai gelanggangnya dirumah,ada juga sekadar merembat kapur sebatang dua disekolah dan menconteng lantai dirumah..hehe

Para pemain ini dibuat daripada kertas yang keras seperti kotak ubat nyamuk.Percayalah kata-kata AKU kerana orang-orang kertas yang diperbuat daripada kotak ubat nyamuk sememangnya mempunyai kualiti yang tinggi.hehe..Untuk bolanya pula,AKU biasanya menggunakan kertas timah yang diambil daripada kotak rokok.Walaupun ada yang menggunakan manek,tetapi AKU lebih suka menggunakan kertas timah kerana ia senang didapati (Malas nak selongkar perkakasan menjahit mak)..



Jikalau anda perasan,para pemain mempunyai 2 muka luaran dimana 1 bahagian dibiarkan dengan bentuk asal manakala lagi 1 bahagian dibiarkan dengan bahagian bawah dibentuk dengan berpetak sikit (Seperti gambar rajah diatas).Sebenarnya ini ada sebabnya.Untuk bahagian yang berbentuk asal itu,ia digunakan untuk para pemain membuat hantaran tinggi (atau bahasa biasa digunakan adalah sepak lambung) manakala untuk bahagian dipetakkan itu pulak digunakan untuk tendangan padu yang lurus (atau bahasa biasa digunakan adalah shot).Jadi anda amat memerlukan kepekaan yang tinggi ketika membuat orang-orang kertas ini supaya 2 jenis sepakan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pastikan setiap hantaran tidak termasuk dibawah pemain kerana hantaran itu dikira terkena tangan (atau istilah mudah “hand”).Jadi sepakan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.


5.2: Bola Sepak Pembaris

Dengan menggunakan peralatan asas yang biasa kami gunakan disekolah,kami boleh menikmati tempoh masa bermain yang ada dengan sebaiknya.Apa yang kami perlukan hanyalah 1 batang pembaris yang berlubang dibahagian tengahnya,satu batang pen,1 pemadam,1 kotak pensel (dulu kotak pensel tin memang popular) dan 1 duit syiling 1 sen.Ringkas tetapi menyeronokkan..

Kalau korang nak tahu,inilah salah satu permainan yang evergreen/tanpa musim  yang menjadi kesukaan para pelajar di sekolah AKU suatu ketika dahulu.Kadang-kala tanpa mengira masa (masa cikgu ada dalam kelas tapi malas nak mengajar) pun kitaorang lenjan main benda alah ini.Ada la juga cikgu menegur kami dengan mengatakan, “apa la seronok sangat main benda ni,entah apa-apalah”.Kami jawab balik, “Ala cikgu,ni permainan budak kecik,orang besar apa tau”hehehe…Terdiam jugalah cikgu tu.

Fungsi peralatan tadi pula,kotak pensel berperanan sebagai gol,pemadam berperanan sebagai penjaga gol,duit syiling 1 sen tu berperanan sebagai bola,pembaris berperanan sebagai pemain dan pen pula menjalankan tugasnya sebagai alat yang bakal kita gunakan untuk menggerakkan pembaris itu tadi.


6.Jet Kertas

Walaupun kawasan lapangan hanyalah seluas 1 kelas sahaja,rasanya ia sudah mencukupi untuk menguji jet kami sebelum kami mengujinya dilapangan lebih besar (di luar bangunan tingkat 3)..hehe
Secara jujurnya,budak perempuan paling menyampah dengan kami ketika musim membuat Jet Kertas ini kerana terlampau banyak jet yang tersadai di lantai akibat kesalahan kejuruteraan yang serius .Teori Bernoulli dan penggunaan rekaan yang sesuai adalah hal yang menjadi percaturan kami selaku para jurutera muda bagi mencipta jet yang mampu berada lama diudara.Sebenarnya kalau hendak diikutkan,kami mereka 2 jenis jet kertas.1 jenis jet adalah jet yang mampu bertahan lama diudara.1 lagi ialah jet yang mampu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pantas.Akibat kekangan kewangan yang serius ketika kecil dahulu (duit belanja Rm1 je cukup2 untuk makan),kami tidak dapat menyediakan modal untuk membina terowong angin (Wind Tunnel) bagi menguji ciri-ciri aerodinamik yang ada di pesawar a.k.a jet yang kami cipta.Sebab itulah kami terpaksa guna cara “Try and Error” yang mengakibatkan banyak ciptaan gagal yang tidak lagi digunakan bergelimpangan dilantaian.


7.Batu Seremban

Bunyi macam keperempuan sangat kan?haha.Tapi permainan inilah yang menyatukan atau lebih tepat mengeratkan hubungan kami diantara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.sebenarnya ada cerita disebalik ini.Kalau korang nak tahu,aku dulu sebenarnya bersekolah di SK Taman Segar yang terletak di Cheras,Kuala Lumpur.Aku hanya sempat bersekolah disitu selama satu tahun sahaja kerana selepas itu aku berpindah di Muar diatas sebab-sebab yang tertentu.Di Muar,aku bersekolah dari tahun dua sehinggalah tahun 6 di SK Bakri Batu 2.Aku pelik dengan sekolah ini sikit,semasa aku bersekolah di Cheras dulu,lelaki dan perempuan bergaul seperti biasa dan tak ada sebarang larangan yang dikenakan terhadap aku.Jadi aku menganggap benda itu satu perkara yang normal dan biasa.Berbeza pula disini,ketika aku baru berpindah di sekolah Bakri,entah macam mana aku duduk disebelah meja seorang pelajar perempuan (tak silap aku meja lain tak ada tempat kosong) yang agak comel,Yang peliknya, sepanjang tahun tu aku dipandang serong oleh rakan sekelas dan sesetengah cikgu.Pada mulanya aku ingatkan diaorang tu cemburulah sebab aku duduk disebelah awek (awek tu pun memang lawa),rupa-rupanya di Muar ini sejak dari kecil kami dah didik untuk mengenal batas-batas pergaulan diantara lelaki dengan perempuan.Disebabkan aku tidak mengetahui mengenai hal ini (aku pun kecik lagi masa tu),aku pernah ditarik telinga oleh cikgu aku kerana bergurau senda dengan pelajar perempuan sambil berkata “Amboi Azmir,gatalnyeeee…” sambil dipulas pulasnya telinga aku.Sakitnya bukan kepalang.hahaha

Jadi batu seremban ini menjadi pengerat hubungan diantara kami pelajar berlainan jantina kerana pelajar perempuan bawa batu seremban ke sekolah bukan hendak dibuat main pun.Mereka sekadar nak tunjukkan hasil jahitan batu seremban mereka dengan pelajar lain dengan mengumpan pelajar lelaki untuk bermain dengan batu seremban yang mereka hasilkan itu.Ye la masa tu darjah 4 sape tau jahit dialah ada ciri-ciri  awek yang dicari (kononnya la).Jadi disebabkan lelaki ni kalau main benda alah macam ni tak terasa tercabar sangatkan,kami saje je la mencabar pelajar perempuan.Dari proses cabar mencabar tu la yang menyebabkan kitaorang main batu seremban bersama yang secara tidak langsung turut mengeratkan hubungan kami yang memang jarang bercakap sebelum ni.

Mengenai cara permainan pula,AKU dah tak ingat pula nak terangkan cara bermain batu seremban ni macam mana pasal masa sekolah dulu AKU bukannya terror sangat pun.Asyik kena buli  je dengan kawan-kawan baik budak lelaki mahupun budak perempuan.Batu seremban ni ada kalau korang nak tau ada 5  ketul.Tak silap AKU,korang mulakan pusingan pertama dengan selerakkan batu seremban tersebut.Kemudian korang ambil satu dan lambung batu seremban tersebut dan dimasa yang sama pula korang ambil 1 batu seremban kat bawah.Jika korang Berjaya,jumlah batu yang korang perlu ambil semakin meningkat.Begitulah ceritanya…


8.Origami Buat Kapal Angkasa

Kreativiti kami ketika kecil sememangnya tidak terbatas dan kerja-kerja pengubahsuaian kapal angkasa ini sememangnya menjadi kegemaran kami.Kalau anda lihat kapal diatas,ini adalah asas kepada kapal kami suatu ketika dahulu.Kerja-kerja modifikasi akan dilakukan supaya Nampak gempak.Kitaorang memang suka mencabar sesama sendiri.Kiranya sape yang dapat buat kapal paling gempak,dialah paling hensem masa tu.Jadi kalau budak tu memang tak hensem,Nampak gayanya kami terpaksa berhempas pulas menerima kenyataan yang beliau sememangnya hensem.ummm…

sumber : blog-pke.com

3 comments :

teringat kisah dulu2... mmg ini lh permainan ku d zaman sek...

if you remember these, then your childhood was awesome.. and i always remember all these games. ;-)

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...