F Anda nak jadi JUTAWAN? ~ sPRing_kaRAt

Pages

Dec 14, 2011

Anda nak jadi JUTAWAN?




daripada Brian Tracy International menyatakan golongan yang menjadi jutawan terdiri daripada 5 kelompok:

74% ialah pemilik perniagaan
10% ialah golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat
10% ialah golongan profesional seperti doktor, peguam dan sebagainya
5% adalah jurujual berkomisen dan konsultan jualan
1% ialah pelbagai golongan lain




             Berdasarkan kepada maklumat diatas jelaslah bahawa sekiranya anda ingin atau mengimpikan menjadi seorang jutawan.. peluang anda amat cerah adalah melalui perniagaan.. menurut hadis riwat Na’im bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabar menyatakan Junjungan besar nabi Rasullullah s.a.w bukan setakat meletakkan 74% malah 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan..

            Jadi kesimpulanya disini adalah jutawan dan perniagaan adalah amat sinonim.. sebahagian besar daripada jutawan adalah golongan peniaga dan peluang seorang peniaga untuk menjadi jutawan sangat cerah..Pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan dalam bukunya bertajuk 'Langkah bijak Usahawan Terbilang' bahawa perniagaan sebenarnya boleh dilihat sebagai suatu bidang seni yang memerlukan kreativiti para usahawan..

          Namun.. perniagaan tanpa perancangan, strategi dan kesungguhan hanya akan memberi kegagalan!.. Memang benar 9/10 punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan – akan tetapi 9/10 perniagaan perniagaan yang dimulakan gagal! Kebiasaanya dan kegagalan itu seringkali berpunca pada tahap awal permulaan perniagaan.. Namun bagi yang telah berjaya dalam perniagaan telah sepakat memberikan tips dan petua untuk berjaya dalam perniagaan.. Kata mereka hanya satu iaitu – ILMU.. Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, kita wajib mendalami ILMU perniagaan. Keuntungan tidak akan datang bergolek tanpa implimentasi terhadap ILMU yang dipelajari dengan sempurna..Jadi.. marilah kita memulakan perniagaan dengan ILMU!

sumber : mohdhafizi.com

0 comments :

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...