F KISAH SERAM DI GENTING HIGHLAND ~ sPRing_kaRAt

Pages

Oct 16, 2011

KISAH SERAM DI GENTING HIGHLAND




Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Genting Highland memang tempat tarikan pelancong tapi banyak kisah2 misteri disebaliknya..nie aku share sedikit kisah seram daripada orang yang pernah terkena di sana....




Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort.



Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.


Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. JAdi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.

Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.

Amber Court





Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:



Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

saksi berpengalaman 01:

“Amber Court denagn Billion Court memang berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tengah mandi. staff genting pun cakap tempat tu memang berhantu. kita orang memang cadang nak stay sebab nak tengok hantu tapi masa drive pagi sampai sana malam, memang agak spooky tapi tak ingat kenape tak jadi stay.”

saksi berpengalaman 02:

“aku tidur, tiba2 tingkap bilik kena ketuk bertalu2…
aku punyalah takut…
…..mula2 malu nak kecoh2, malu dengan roomate aku…
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku menangis sampai member aku terjaga…
bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kita orang ngantuk lah…nak tidur… pergi main jauh2.. kita orang tak ada masa nak layan engkau..”…
aku dah stop jerit.
member aku pulak pergi belasah tingkap tu dengan bantal, bantai tingkap tu cukup2…
pastu baru diam…”

saksi berpengalaman 03:

“aku nak cerita pasal Amber Court nie…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak dekat bawah jer lah…sunyi nye tempat tu sampai2 terus parking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dengan member2 kat situ …hehe nak tahu apa jadi??…..kedengaran satu jeritan dari bawah parking lepas tu ada bunyi melolong dari tingkat atas sekali….aku nak blah dah masuk dalam kereta..macam bangsat bunyi tu..bunyi jeritan sama macam dalam movie hantu…tapi member2 rilex je…kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh datang lepak dekat bawah tu malam2 pastu sembang dengan pak guard dekat situ…hahaha macm2 dia cerita…dekat situ sebenarnya port bunuh diri…”



-melvister.com-

3 comments :

Aprtment Ria mcmana plak? Dgr kat situ pun mcm2 ada...haha

Aku pun ada dengar juga pasal apartment Ria..cuma xde testimoni je lagi..^^

apsal nampak cat dinding cam darah jer kat Amber Court tu? nampak cam menyeramkan...

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...