F SATRIA NEO S2000 MANTAP ~ sPRing_kaRAt

Pages

Oct 11, 2011

SATRIA NEO S2000 MANTAP




PASUKAN Proton menyaksikan kereta Satria Neo S2000 (gambar) mempamerkan prestasi terbaik di Rali Scotland, satu daripada siri Cabaran Rali Antara Benua (IRC) 2011, semalam.

woow..majulah kereta Malaysia...teruskan kejayaan korang...nie ada cerita selanjutnya...




Jentera terbabit berada di tempat keempat keseluruhan dalam saingan tiga hari itu, menyaingi pencabar utama IRC dan hanya ketinggalan 1.2 saat untuk mencatat kemenangan pertama musim ini.

Bagaimanapun, tuah tidak memihak pasukan apabila usaha Alister Mcrae dan PG Andersson yang berada dalam kelompok 10 terbaik terpaksa menarik diri.

Lantunan batu merosakkan takungan pelincir kereta McRae manakala pemanduan berani Andersson yang berada di tempat keempat keseluruhan pada peringkat awal tidak bernasib baik apabila keretanya mengalami masalah aliran elektrik. Meskipun berjaya diperbaiki, dia dikenakan penalti menyebabkan kedudukannya turun ke tempat ke-12. Selepas itu, dia berjaya menaiki ke tempat ke-10 tapi terpaksa bersara apabila enjinnya terhenti.

“Kami mencapai pelbagai pencapaian di IRC kerana berjaya memantapkan prestasi Neo S2000. “McRae, Andersson serta dua pemandu lagi, Giandomenico Basso dan Chris Atkinson memberi sumbangan yang tidak ternilai untuk meningkatkan prestasi kereta ini sejak 10 bulan lalu dan buktinya dapat dilihat sepanjang perlumbaan ini.



KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...