F IMPIAN STEVE JOBS DAN APPLE ~ sPRing_kaRAt

Pages

Oct 12, 2011

IMPIAN STEVE JOBS DAN APPLE




Inovasi skrin sesentuh terbabit tidak perlu diulas, malah kini banyak vendor elektronik lain berlumba-lumba cuba menghasilkan peranti berskrin sesentuh yang suatu ketika dulu menjadi bahan jenaka banyak pihak.

Kini, kebanyakan pengeluar telefon pintar mahu menghasilkan model berskrin sesentuh berikutan kejayaan bapa teknologi abad ke-21, Steve Jobs.




Jobs juga berjaya merubah sistem pendidikan dengan teknologi skrinnya.



Bayangkan kanak-kanak seawal usia setahun sudah mampu mempelajari ABC dan 123 hanya melalui iPhone atau iPod Touch yang diperkenalkannya.

Siapa tidak kenal pengasas Apple terbabit dan kisah hidup beliau tidak perlu lagi dipanjangkan sejak kematiannya awa pagi Khamis lalu yang sudah dijangka sejak mengidap penyakit kanser pankreas yang dikesan lapan tahun lalu.

Persoalannya, apa akan jadi kepada legasi Apple?

Selepas menyedari masalah kesihatan yang dialaminya, Jobs masih lagi aktif bekerja dan sumber terdekat dalam syarikat terbabit mendedahkan beliau mempunyai rancangan empat tahun membabitkan pembangunan produk Apple.

Pelan empat tahun dikatakan membabitkan pejabat baru Apple, perkhidmatan perkomputeran ‘cloud’, iPhone serta iPad baru yang perlu menemui pengguna bermula 2012 hingga 2015.

Antara pelan yang diharapkan menjadi kenyataan termasuk kampus baru Apple digelar AppleSaucer dengan penempatan ibu pejabat operasi syarikat itu dan pusat penyelidikan serta pembangunan (R&D) di kawasan seluas 260 ribu kaki persegi.

Menariknya, kampus terbabit mempunyai rekaan menyerupai piring terbang dan dikatakan bakal dibina arkitek dari Britain, Norman Foster dengan binaan bangunan empat tingkat berbentuk bujur.

Kampus mesra alam terbabit akan dikelilingi taman hijau cukup untuk menempatkan 13,000 kakitangan Apple.


Antara kelengkapan yang dirancang termasuk auditorium, pusat data dan kelengkapan kesihatan kepada kakitangan.

Jobs sendiri dikhabarkan sudah menemui majlis perbandaran Cupertino, California untuk mendapat kelulusan tapak pembinaannya.

Tidak berhenti di situ, Jobs juga sudah merancang memperluaskan perkhidmatan perkomputeran cloudnya iaitu iCloud secara percuma bagi menyimpan muzik, gambar dan kandungan lain di laman web selain dapat dikongsi merentasi peranti pelbagai fungsi.

Setakat ini, perkhidmatan iCloud belum dipergunakan secara meluas namun rancangan terbabit diunjurkan akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Perkhidmatan iCloud yang dinantikan sekian lama itu membolehkan pengguna tidak lagi memerlukan kabel untuk memindahkan fail antara peranti Apple.

Ia menyimpan kandungan pengguna dalam sistem cloud dan secara automatik boleh dipindahkan ke semua peranti lain selain dapat menyelaraskan mesej, nombor telefon, kalendar, aplikasi, e-buku, muzik dan fail lain merentasi peranti.


Manakala sistem perkongsian muzik yang dikenali sebagai Apple iTunes dalam cloud membolehkan peranti Apple membeli muzik daripada iTunes, sementara perkhidmatan Photo Stream didatangkan dengan fungsi sama untuk gambar.

iCloud juga menjadi permulaan kepada perkhidmatan TV pintar yang disambungkan kepada peranti kecil Apple iaitu Apple TV.

Jika 10 tahun lalu, Mac adalah hab untuk kehidupan digital dan hari ini cloud pula menjadi hab kepada kehidupan digital.

Malah, terdapat desas-desus menyebut pelan empat tahun terbabit turut meliputi pembangunan TV Apple pertama di dunia yang berskrin sesentuh penuh membolehkannya berinteraksi bersama AppleTV bagi sambungan filem.

Selain itu, Jobs turut dikatakan sudah mencipta dan meluluskan rekaan baru iPhone untuk sekurang-kurangnya dua versi dalam tempoh empat tahun akan datang.



KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...