F SAFEE SALI BERLAKON? ~ sPRing_kaRAt

Pages

Oct 21, 2011

SAFEE SALI BERLAKON?




Penyerang negara, Safee Sali, menerima tawaran sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7 selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Vanjava, Rabu minggu lalu.






Walaupun menganggap jemputan itu sekadar `suka-suka’, namun lakonan Safee di sisi pelakon terkenal Indonesia antaranya Eddy Supono atau Parto, Entis Sutisna (Sule), Andre Taulany (Andre), Muhammad Azis (Azis) dan Tri Retno Prayudati (Nunung) dikatakan memukau kira-kira hampir 300 penonton di studio. Siri komedi berkonsep pertunjukan wayang pentas versi moden itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen itu. Katanya, jemputan itu berpunca selepas dia sering ke studio stesen televisyen itu untuk menyaksikan rakaman Opera Vanjava.


Safee berkata, dalam episod `Cinta Tragis Palsu Ciin’ itu, dia diberi peranan untuk membaca skrip dan mengenakan kostum dan terpaksa menggunakan dialek Indonesia yang dianggapnya tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu. “Tapi, agak gementar juga kerana pertama kali berlakon. Malah, kekok untuk menyesuaikan diri dengan pelakon terkenal Indonesia. Tapi, alhamdulillah, saya sudah cuba memberikan yang terbaik dan tidak sangka mendapat tepukan gemuruh penonton di studio,” katanya. Safee adalah pemain kebangsaan yang ‘tersesat seketika’ di bidang lakonan selepas pemain lagenda, Mokhtar Dahari yang membuat kemunculan dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, pada 1983.



0 comments :

Post a Comment

KLIK SEKALI SEHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...